MAKLUMAT SEKOLAH




FALSAFAH SEKOLAH


Sekolah adalah tempat pelajar belajar dan dididik untuk mengembangkan potensi diri agar harmonis dan seimbang. Perkara ini boleh berlaku sekiranya mereka diberi peluang yang sewajarnya. Justeru, fokus utama sekolah berperanan “In Loco Parentis” untuk memenuhi keperluan pelajar memperolehi keseronokan, kuasa, kasih sayang, kebebasan dan kelangsungan hidup. Usaha ini adalah untuk melahirkan pelajar yang bijak dan pintar memenuhi impian diri, keluarga, masyarakat dan negara.


MAKLUMAT SEKOLAH

SMK. Bandar Putra, Kulaijaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004 yang terletak di alamat Jln Nuri 9, Bandar Putra, 81000, Kulai, Johor Darul Takzim. Sekolah ini mendapat namanya sempena nama taman perumahan di kawasan sekolah ini dibina.

Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang cuba dibangunkan dengan tujuan meningkatkan pencapaian akademik daerah Kulai. Konsep terkawal menyebabkan sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Khas Agama, Program Khas dan Aliran Sains Tulin. Tarikh 5 Januari 2004 merupakan tarikh keramat sekolah kerana telah menerima pelajarnya yang pertama.

Pengoperasian sekolah ini telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Kemasukan ke sekolah ini disaring oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya. Syarat minimum untuk kemasukan ke tingkatan 1 ialah sekurang-kurangnya 3A dan 2B dalam peperiksaan UPSR. Namun begitu, disebabkan oleh permohonan yang begitu tinggi untuk memasuki sekolah ini, syarat-syarat tersebut menjadi semakin ketat saban tahun dan kini hanya murid yang mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR sahaja akan ditawarkan masuk kesekolah ini.

Pelajar-pelajar harus mengekalkan pencapaian semasa berada di sekolah ini. Untuk mengekalkan tempat di tingkatan 4, pelajar perlu mengekalkan pencapaian sekurang-kurangnya 6A dan 2B dalam peperiksaan PMR. 


VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.


MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.


SLOGAN
Semuanya Cemerlang
Pada tahun 2013,
1.            Mencapai kelulusan 100% di dalam peperiksaan PMR dengan peningkatan GPS dari 1.20 kepada 1.10 *
2.            Mencapai kelulusan 100% di dalam peperiksaan SPM dengan peningkatan GPS dari 2.39 kepada 2.09 *
3.            Penglibatan kokurikulum secara menyeluruh dan mendapat 10 johan daerah, 3 johan negeri dan 2 kebangsaan
4.            Peningkatan disiplin murid dengan penurunan aduan salahlaku sebanyak 7%


MOTO

Perkataan : BIJAK PINTAR

Pengertian : Pelajar-pelajar, guru-guru dan semua warga SMK Bandar Putra berusaha untuk mencapai tahap bijak dan pintar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah kerana ini adalah kunci utama untuk merealisasikan visi, misi dan objektif sekolah. Pelajar mesti pintar di dalam pembelajaran untuk membolehkan mereka cemerlang, bijak membahagikan masa dan memilih teman sejiwa dalam kehidupannya di sekolah.

MATLAMAT

Pada tahun 2014 SMK Bandar Putra :
1.            Prestasi PMR 100% dengan GPS 1.10 *
2.            Prestasi SPM 100% dengan GPS 2.09 *
3.            Prestasi dan penglibatan kokurikulum cemerlang
4.            Sahsiah murid cemerlang
                                                       


 OBJEKTIF






Pada tahun 2014,
1.            Mencapai kelulusan 100% di dalam peperiksaan PMR dengan peningkatan GPS dari 1.20 kepada 1.10 *
2.            Mencapai kelulusan 100% di dalam peperiksaan SPM dengan peningkatan GPS dari 2.39 kepada 2.09 *
3.            Penglibatan kokurikulum secara menyeluruh dan mendapat 10 johan daerah, 3 johan negeri dan 2 kebangsaan
4.            Peningkatan disiplin murid dengan penurunan aduan salahlaku sebanyak 7%

BUDAYA SEKOLAH

Kerja sepasukan
Mesra pelanggan
Bijak dalam tindakan
Pandai mengurus diriBestari dalam pembelajaran

RUKUN SEKOLAH

Bahawasanya  SMK Bandar Putra (Sekolah Kluster Kecemerlangan), Kulaijaya
bercita-cita menjadi
sekolah cemerlang di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Maka kami, warga sekolah berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
berdasarkan atas perinsip-prinsip berikut;

Sentiasa berusaha memenuhi keperluan pelajar,
Memastikan wawasan sekolah untuk melahirkan pelajar yang bijak dan pintar tercapai,
Kuasai pelbagai ilmu agar misi sekolah untuk menjadi medan pelajar mendapatkan pendidikan yang menyeluruh boleh tercapai,
Beriltizam agar pasukan tenaga pengajar menjadi mantap, pelajar menjadi bijak dan pintar, seterusnya sekolah menjadi gemilang,
Patuh kepada tuntutan agama dan Perlembagaan Negara.


No comments:

Post a Comment