Saturday, 15 March 2014

TAKLIMAT ASRAMA


LAPORAN TAKLIMAT WARDEN ASRAMA

TARIKH  : 31 DISEMBER 2013
MASA    : 9.00 – 10.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA, SMK BANDAR PUTRA

OBJEKTIF :

1. Memastikan setiap pelajar asrama yang lama mahupun pelajar asrama yang baru, mengetahui dan memahami segala peraturan-peraturan asrama dan jadual harian asrama yang terkini.
2. Memperkenalkan warden-warden lama dan warden-warden baru kepada para penghuni asrama.

LAPORAN AKTIVITI :
1. Semua penghuni asrama berkumpul di dewan makan asrama. Seterusnya,Ustaz Ahmad Izharuddin bin Abu telah memperkenalkan dirinya sebagai Ketua Warden asrama yang baharu dan barisan warden bagi tahun 2014.
2. En. Mohd Anwar bin Alwi, warden asrama menerangkan dan mengingatkan para penghuni asrama tentang peraturan-peraturan asrama yang telah ditetapkan.

3. Taklimat telah berakhir pada pukul 10.30 malam.

Warden ASPURA
1.      Ustaz Ahmad Izharuddin bin Abu
2.      En. Mohd Anwar bin Alwi

Warden ASPURI
1.      Cik Malyia Afzan binti Abd. Aziz
2.      Cik Nadiah binti Othman
3.      Cik Norashikin binti Abd. Jalil








PENDAFTARAN ASRAMA


LAPORAN PENDAFTARAN ASRAMA 2014

TARIKH  : 31 DISEMBER 2013
MASA    : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA, SMK BANDAR PUTRA

OBJEKTIF :
1. Bagi memastikan semua penghuni asrama telah mendaftarkan diri, terutamanya penghuni asrama Tingkatan 2. Bagi memastikan penghuni-penghuni asrama telah membeli peralatan asrama yang diperlukan.
3.  Memastikan penghuni asrama membayar yuran makan asrama sebelum memasuki asrama.

LAPORAN AKTIVITI :
1. Penghuni-penghuni asrama telah mendaftarkan atau melaporkan diri di kaunter yang telah ditetapkan dalam dewan makan asrama bersama ibu bapa atau penjaga.
2. Para penghuni asrama telah melunaskan yuran makan asrama bagi bulan Januari dan membeli peralatan asrama yang diperluka. 
3.Penghuni asrama dibawa masuk ke bilik masing-masing untuk mengemas barang-barang.


Friday, 14 March 2014

PENGENALAN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Selamat datang ke halaman Asrama Smk Bandar Putra..

Halaman ini dibina untuk menceritakan program-program dan aktiviti yang telah dijalankan di asrama. Segala aktiviti yang telah dijalankan di asrama akan dikongsikan di sini justeru semua warga SMK Bandar Putra terutamanya ibu bapa bolehlah melayari halaman ini untuk melihat perkembangan anak-anak pelajar di sini.

Untuk makluman semua, halaman ini baru sahaja dibina. Segala kekurangan harap dimaafi. Sekiranya ada cadangan penambahbaikan sila berikan komen-komen yang membina.

Sekian...